Friday, 7 December 2007

Renungan Petang Jumaat

Me & My Cousin-Balqis Batrisyia-

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar)." (Hadis riwayat Imam Bukhari).


Kesimpulan Hadis:
1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.
2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

P/S:Thank you Allah,for this good life and forgive us if we do not love it enough.

2 comments:

ainizakri said...

Mama IQ..

Tu la kadang tu..part yang paling payah ..nak sabaq!! How I wish..I am the sabar person!. Doakan sama-sama....kadang tu dgn anak sendiri pun tak tertahan sabar!!! Huh...

Salam Sabtu..( kelmarin tak dan baca...)

Anonymous said...

K.Ani...
Salam Ahad:))
sama la saya pon...anak sorg pon tak sabag...cemana nih???