Sunday, 20 May 2007

Kenapa Aku Diuji???


KENAPA AKU DIUJI?
KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Ya Allah ada pada suatu ketika aku berasakan yg ujian Mu terhadap ku sungguh sukar.

Ya Allah namun dgn rahmat Mu jualah Kau meringankan bebanan yg ditanggung oleh aku dan keluargaku.

Ya Allah...AlhamdulilLah...Kau yg mendatangkan ujian kpd kami Ya Allah dan Kau jualah yg meringankan bebanan kami Ya Allah...

Sungguh Maha Pemurah dan Maha Mengasihi itu sifat Mu Ya Allah tetapi

Ya Allah janganlah Engkau pesongkan hati-hati ahli keluargaku, saudara mara ku, sahabat2 ku dan diriku Ya Allah setelah Engkau memberi kami hidayah Ya Allah.....

Sentiasa lah ingatkan hati2 kami ini supaya ingat akan Mu Ya Allah..

Sentiasa basah lidah kami kerana menyebut nama Mu Ya Allah dan kerana menyebut nama kekasih Mu Nabi Muhammad s.a.w

Tanamkanlah di dlm diri kami Ya Allah supaya kami benci akan maksiat Ya Allah....

seperti mana kami benci jika dicampakkan ke dalam api neraka Ya Allah

Tanamkanlah diri kami kecintaan dan kesukaan kepada pekerjaan2 yg mendekatkan diri kami kepada Mu Ya Allah...

seperti mana kami suka jika dicampakkan ke dalam syurga Mu Ya Allah....

Sesungguhnya Ya Allah..kami tidak layak memasuki syurgaMu tanpa keredhaan dan rahmat dari Mu Ya Allah Tuhan yg menguasai sekelian alam AMIINN…………

2 comments:

Anonymous said...

A very-very good post. Thanks! Kasi can aku cilok boh kat blog aku lak no.. buat ingatan!

Izz Qayyim said...

sila!sila!aku pon selalu beringat dengan baca artikel nie...tks to adikku paan('-')/