Friday, 25 May 2007

Dialog Between Man,Angel & Devil

Renungan Pagi Jumaat(Part 2)

Manusia:Eh, dah subuh dah?
Malaikat:Bangunlah wahai anak Adam,tunaikan solat subuh...
Syaitan:Alahhhhhh,kejaplah,ngantuk ni...kejap lagi ye..

Manusia:Nak makan, laparlah
Malaikat:Wahai Anak Adam,mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan:Ahh,tak payahla...dah lapar ni !!

Manusia:Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat:Wahai anak Adam,pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan:Ehh,panaslah,lagipun tak ada style langsung!

Manusia:Alamak,dah lewat!
Malaikat:Bersegeralah wahai anak Adam,nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan:Nak cepat-cepat buat apa?Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia:Azan sudah kedengaran...
Malaikat:Wahai anak Adam,bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan:Baru pukul berapa...rilexlah..

Manusia:Eh,eh...tak boleh tengok ni,berdosa...
Malaikat:Wahai anak Adam,alihkanlah pandanganmu,sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan:Perggghh...best tu...rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia:Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat:Wahai anak Adam,cegahla ia..
Syaitan:Apa kau sibuk?Jangan jaga tepi kain orang...

Manusia:Elok kalau aku sampaikan nasihat ni kepada orang lain
Malaikat:Wahai anak Adam,nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan:Sendiri pikirlah,semua dah besar,buat apa sesusah...

Manusia:Aku telah berdosa..
Malaikat:Wahai anak Adam,kamu telah berdosa,tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan:Tangguhlah dulu,lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia:Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat:Wahai anak Adam,kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan:Jangan bimbang,tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat:Wahai anak Adam,taatilah Allah dan RasulNya,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan:Hey anak Adam,ikutilah aku,kebahagiaan di dunia(sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

No comments: