Sunday, 13 December 2009

I Asked My Mom..

*translated from Japanese;)

1) "Ma,tadi kan...kat sekolah ada budak darjah 5 kata kat Qayyim "pergi balik negara awak"
Sob!sob!sedih Qayyim tau...
Kenapa dia cakap kat Qayyim macam tu Ma?
Teruknya diaorang tu..."

Ma kept in silence for a while..and after a few seconds you know what she answered me?

"Diaorang jeles tu sebab Qayyim "orang asing" & boleh naik aeroplane.
Lepas tu Qayyim tau Bahasa Melayu,simple English,kenal huruf jawi & Nihongo.
Sebab tu la diaorang sakit hati & suruh Qayyim balik negara sendiri.
Qayyim jangan sedih-sedih tau...diaorang tu pon akan jadi "orang asing" kalau diaorang pegi ke negara lain..haa..sama la macam Qayyim jugak kan??
Sekarang ni Qayyim belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang ada.Allah dah takdirkan Qayyim membesar kat sini.Jadi selama Qayyim ada kat sini,buktikan pada diaorang yang Qayyim boleh!Bukan semua orang boleh berbahasa Jepun dalam usia macam Qayyim.Mama & Papa pon dah besar baru belajar tau.Lepas tu tiap-tiap tahun kita balik M'sia naik flight sama-sama ye;)"

Her words made me smile...hum!hum!!betol jugak ye...:D

2)"Ma,tadi kan...masa pegi swimming ada budak darjah 6 suruh Qayyim "balik M'sia"
Sedih Qayyim Ma..dah la Level 4 ni takde kawan rapat..kena pandang serong pulak tu!"

Again,I saw Ma lost her words..and after a while she replied to me..

"Ala..sama la macam kat sekolah tu,diaorang jeles kat Qayyim sebab dalam masa 2 tahun Qayyim dapat naik Level 4 sama macam diaorang.
Sedangkan diaorang tu mula berenang dari umur 4 tahun.
Sekarang ni,Qayyim berenang laju-laju,bagi lulus ujian untuk Level 4 ni..haa..pastu tak sama la dengan diaorang.
Jangan kisahkan diaorang tu ye!Nanti Mama pegi tengok Qayyim swimming!"

And me too nodded again!hum..hum!betol betol betollll!!:D

Well,those 2 conversations between Me & Ma happened last few months ago,which I could say them as my hectic experiences in school & after-school.And what I could say is,I'm grateful to have my parents as my guardians.Thanks Ma & Pa for always being there to understand me.I love you!!(*^-^*)

P/S:There goes the Jpnese's attitude:P..now I understand!!tehehehe..
Anyway,Ma's words seemed very much of negative thinking but children need not to be comforted in the adults' ways,but enough to consult them in their easiest and simplest way;)

9 comments:

Mazatul Azura Muhamad said...

Ala sian Qayyim... X per.. be strong.. Semua tu jadikan ujian and the most important things is.. never give up..

CheYahChomel said...

Teringat plak kecik2 dulu kalo gaduh ngn budak hinu kita suh depa balik india.
Macam la tok nyang kita mmg asai org tanah melayu nih :D

P/s:Aunty nih bahan2 campuran dari seluruh denia.... :D.tapi xpa...ic 09...

Anonymous said...

Aunty Mai & Aunty Kirah..
Arigatou!Qayyim salu nangeh tau kalau dia cita bab ni..huhu..sian anak aku tuh!hehe..tapi bila kita pampered dia cara budak2 baghu la dia senyum..truih mcm bateri yg baghukena charge!hikhik!takpa..life is not that easy..semua org ada masalah kan?;)

lina said...

Ala, siannya dia. Be strong kay. Betul cakap Ma tu, bukan semua orang boleh cakap Malay, English, Nihongo mcm Qayyim kan? Leh naik plane balik kampung lagi. Aunty pun jeles tau! :D

Tapi itulah, kita dulu-dulu pun biasa dengar orang kita marah2 orang Cina & India suruh diaorg balik negara diaorg kan? Sekarang, kita marah orang Indon, Bangla, etc pulak. Huhuhu

Qayyim do you best and show the Japanese what you are made of!

Izz Qayyim said...

Arigatou Aunty Lina(*^-^*)
I will!!..do my best!!
Adat dunia la tu kan..jadikan satu cabaran;)kat mesia pon ada gak buli-membuli ni..faito!faito!!

如此的 said...

看到你的好文章真是開心 加油囉.......................................

Luminous.Fotografix said...

relax qayyim...u can handle it...
p/s:bila nk update blog ni...lama dah xde entry..

Izz Qayyim said...

elloooooo:))

Johanis said...

Tak pe.. Rileks la Qayyim.. Uncle Jo pun pernah kena cam ni gak masa kat U dulu. Tapi Uncle Jo buat tak tahu je.. Last2, diorang datang kat kita balik. Sbb diorang nak belajar English. Sekarang, Jepun jepun kat company uncle Jo pulak panggil uncle jo datang sini. nak mintak uncle Jo tengok dan betulkan process kerja diorang. Hehe.. Insya-Allah tuhan pasti akan tolong orang2 yang sabar..