Monday, 7 July 2008

Hmm..Alahai...


Mmm...alahai...
Bagus juga kan?
Jika sesekali entry untuk bulan yang mencecah separuh dari tahun 2008
Dimulakan dengan kisah yang penuh dengan tauladan(^-^)v

Hmm...penatnya...
Jika budi bahasa yang selama ini menjadi kegemaran
Bertukar sekelip mata menjadi sempadan
Walau ku tahu ini bukan kamu kan kawan?
Namun demi mempertahankan pasangan
Yang dianggap sebagai Tuhan
Kawan sanggup dianggap lawan.

Hmm...hairannya...
Sebenarnya siapa yang bersalah dengan siapa?
Kata-kata dianggap janji belaka
Itu yang hairannya..
Siapa yang meluahkan kepada siapa?
Sekali ditegur ego melata
Terus dianggap kebencian semata.

Hmm...malangnya...
Niat asal untuk menceritakan kepada mereka
Bahawasanya aku ni blablabla
Tapi jika pekung di dada sudah dibuka
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya
Akhirnya kisah diri menjadi pengetahuan semua
Hingga pihak ketiga pula yang berwaspada
Opss..tapi jangan ingat aku yang bercerita
Memang mereka itu pandai menilai semuanya
Alkisah kita ni berpijak dibumi yang sama
Tapi itulah wak,lain kali hati-hati bila berkata-kata
Kerna Allah itu Maha Berkuasa.
Bak kata rakan bloggerku,"Diam lebih baik dari banyak berkata-kata.
Bila banyak berkata-kata maka lebih banyaklah kesalahan yang akan keluar.
Bak kata pepatah melayu, Kerana mulut badan binasa."

Hmm...menyesalnya...
Tidak ingin untuk mengungkit segalanya
Kerna jika disenaraikan sakit pula hatinya
Tapi jika dikau yang memulakannya
Dan menuduh kita yang menjadi puncanya
No..no..no..itu sudah lebih awaknya

Hmm...itulah manusia...
Jika itu yang dipinta
Maka itulah jua balasannya
Walaupun niat mula untuk mendiamkan diri sahaja
Tapi dek budi bicara yang serupa apa
Meruntun hati untuk berkata-kata
Ya, aku juga ada masalah utama
Cuma tidak perlulah untuk menceritakan kepada dunia
Bahawa akulah yang tidak bersalah sebenarnya..

Duhai taulan...
Bukan senang nak cari kawan
Tetapi memang senang nak mencari lawan
Cerminlah diri,ingatlah Tuhan
Sama-samalah kita maju kehadapan.

P/S:Sekadar hiburan..ahaks!

9 comments:

Hani said...

Salam.
Umie, nak buat macam mana, kita mmg jenih suka bercakap. kalau tak bercakap, mati kutu laaaaa... :D

"kuchi ga wazawai no moto" datte yo.
ki wo tsukenakucya (jibun ni iikikasete)

Izz Qayyim said...

Salam K.Hani,
sou!sou!
gitu la org kita...apo nak dikato kak..xnk tlg nnt apa dikatanya,dh ditlg ini pulak balasannya.hati yang ingin utk mengerti pon rasa tawar bila budi bahasa tergadai gara2 ego yg tinggi. klu dijwb dgn sopan mmg small matter sgt,tp dh terlanjur dek lidah yang berbisa mmg x dapek den nk nolong.
mmg jadi pengajaran sesgt dh nihhh..hehe..

KakNi said...

Betul tuh... kdg2 kita syok nak kongsi cerita, lepas tu rasa nyesal pulak tp mulut tempayan mmg boleh tutup, mulut manusia ni kalau kena jahit pun, dia boleh taip kat blog lagi nak sebarkan cerita-ceriti!
Sabar ek...

Izz Qayyim said...

salam k.ani..
tu la pasai..kununnya depa sj la yg ada perasaan,abih kita ni xdak ka??elok2 nk tutup story sekali tu ditaip dlm blog..adedededeh

Anonymous said...

Mmmm..rasanye memang susah nak jaga mulut ni yang bila dah marah suka nak luahkan...almaklumlah kita ni insan biasakan... :-)

Izz Qayyim said...

salam mama irfan&dalili,
itulah dia..tp klu cerita tu satu kenyataan mmg kena la terima,cuma jgn sebarkan fitnah sudah la..wallahualam..

Anonymous said...

Salam... kenapa tu? ada orang buat fitnah ke? biasalah manusia kan? tak leh tgk org senang.

Anonymous said...

ain't it cool...
just be tough...
think positively...
be focus to one's cause and life's objective...
the world itself is merely a stage...
be tough...no matter what happens.

Izz Qayyim said...

yahh...dats rite,but sometimes temperature naik to max power jugak la spashly in this condition + summer heat!hehehehe..anyway,dats life & this's the use of blogging!