Wednesday, 30 April 2008

Handsome Tak Budak Ni?

Ada sesiapa yang kehilangan anak?cucu?pakwe?anak sedara?

I.B.U.


"Syurga di bawah tapak kaki ibu”
"Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia”
"An angel could not ask for a higher mission; for in doing this work she is doing service for God"
"A mother is God's deputy on earth.“
"The distinctive duties of woman are more sacred, more holy, than those of man"
Pepatah Spanish "An ounce of mother is worth a pound of clergy"


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga,yang susukan aku..ibu
Bila lapar,yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku..ibu
Kata ibu,perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur,aku cari.. ibu
Bila nangis,orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja..aku dekati ibu
Bila nak bergesel...aku duduk sebelah ibu
Bila sedih,yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal,yang memarahi aku...bu
Bila merajuk,yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah..ibu
Bila takut,yang tenangkan aku..ibu
Bila nak peluk,yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan..ibu
Bila sedih,aku mesti talipon...ibu
Bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...ibu
Bila bengang,aku suka luah pada...ibu
Bila takut,aku selalu panggil.."Maaaaaaaaaaa!"
Bila sakit,orang paling risau adalah..ibu
Bila nak exam,orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk,yang datang pujuk aku juga..ibu
Bila buat hal,yang marah aku dulu..ibu
Bila ada masalah,yang paling risau..ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku..ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku,ibu
Yang selalu berleter kat aku..ibu
Yang selalu puji aku..ibu
Yang selalu nasihat aku..ibu
Bila nak kahwin,orang pertama aku tunjuk dan rujuk..ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok,aku cari pasanganku
Bila sedih,aku cari ibu
Bila berjaya,aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal,aku ceritakan pada ibu
Bila bahagia,aku peluk erat pasanganku
Bila berduka,aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti,aku bawa pasanganku
Bila sibuk,aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut hari lahir,aku belikan hadiah yang berharga untuk pasanganku
Bila sambut hari ibu,aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat pasanganku
Selalu ibu ingat kat aku
Bila bila aku akan talipon pasanganku
Entah bila aku nak talipon ibuku
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk ibuku

Hingga saat ini..
Ibu tak pernah merungut padaku
Ibu tak pernah mintak padaku

Ibu...
Kaulah Ratu Hatiku...

Walau siapa pun ibu anda,walau bagaimanapun dia,apapun pandangan anda terhadap ibu anda,dialah satu-satunya,tiada dua atau tiga.
Walaupun kita diberi peluang memberikan segala-galanya untuk ibu,kita pasti masih tidak dapat membalas jasanya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali),kemudian ayahmu,kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Yeah!Cuti Lagi(^-^)v


Arghhhh!!susah betol rasa nak update blog lately sebab takder idea...some more,memang kitorg dah jarang "Jalan-Jalan Cari Makan" lately.Kalau ada pon,lupa betol nak ambik gambo..huhuhu..apo nak buek..inilah kalau dah biasa dengan rhythm hidup di Jepun ni.Sekelip mata rasanya masa berlalu..

Err..semalam?Aah..semalam Jepun cuti sempena "Hari Showa".Actually cuti yang semalam ni adalah permulaan untuk cuti panjang sempena "Golden Week" depa panggil..apa yang "Golden" pon wallahualam!I donno...hmmm...maybe cuti bersambung lama kot?next week cuti 4 hari dari 3/5 hingga 6/5..bleh celebrate birthdaya Ma sekali ye!hehehe..yattane!Tapi yang dok kat Tokyo ni elok dok diam-diam kat rumah je la sebab kalau nak pergi jalan pon manusia masyaAllah..mai dari mana tah punya la ramaiiiiiiiii..hmm..lupa lak!rakyat Jepun kan ramai:P

Hmm...walaupon semalam cuti,tapi still kena pergi sekolah dari pagi sebab ada training bola dari 8:30am hingga 11:00am.Sepatutnya by 11:10am dah boleh sampai rumah tapi sempat singgah tepi kolam semata-mata nak tangkap "baby frog"..hehe..bila lagi!!inilah peluang keemasan yang ada since Pa tak pergi jemput di sekolah semalam..yare!yare!

Ma?Semalam pagi-pagi lagi Ma dah rebus ikan..apalagi..masak laksa favourite dia la(^-^)v Then ada ajak Auntie Ira(junior sekolah Ma) yang baru pindah dekat jugak la dengan rumah kitorg ni.pastu ajak gak Uncle Firdaus,Uncle Erween,Auntie Sue,Irfan & Izzat,yang masing-masing baru berpindah ke daerah kami ni.Bertambah kawan sebab kalau tidak hanya kami sajalah warga M'sia kat sini.tapi xper.."Aiman tak kesah!"..hehe..
Anyway,bertambah juga geng pregnant Ma coz Auntie Sue pon baru pregnant 3rd baby,insyaAllah due bulan December.Uhh....ramai betol Mak Buyung kat Tokyo ni(*^-^*)
Ma pulak dah kenyang makan laksa(sorry!dia makan dulu!)sempat juga cabut rumput kat belakang rumah.Actually dah lama Ma dok aim nak cabut rumput tu..tempting jek!cuma kesihatan tak mengizinkan.Semalam after dah baik demam etc etc,so dapat jugak la Ma meneruskan angan-angan dia selama ini...sampai Auntie Ira kata,"Akak ni kalau x tengok perut memang tak tau kata mengandung!"..ngehngehngeh...cenggini la Ma,pregnant or not aktiviti masih seperti biasa.Berat bulan ni pon tak naik padahal dah telan macam2!Hmm....banyak jalan kot?

Pa?Pagi dia keluar gi kedai,beli barang untuk masak laksa..then,tolong Ma cabut rumput..pastu dah tetamu balik dia gi potong rambut..pastu apalagi..terbongkangggggggggggg!!


Aku?Layan Shin-chan kat youtube..lately suka lak layan Shin-chan ni.Kelako ler!Tapi kalau Ma nampak memang dia suruh tukar tengok youtube yang lain.Aritu ada suruh Ma belikan Mario Kart@Wii tapi my request's totally rejected by Ma...adeh!But ada Ma cakap kalau nak kena tunggu my birthday.Aiseh!lama betul nak tunggu bulan 11 nehhh..Pa ooo Pa..tasuketekure!but still Pa suruh tanya Ma..and once again I'm frustrated!apo nak buekkkk...

Hmm...cepatnya masa berlalu.Hari ni dah 30/4..which means esok dah masuk bulan 5.Owhh..esok M'sia cuti sempena Hari Pekerja ye?Cuti jangan tak cuti...apa plan masing-masing?Ma esok dia nak sambung projek basuh-membasuh,cuci-mencucui lagi..ikut jejak langkah Auntie Hana la ni..kehkehkeh!Cleaner bertauliah tau!Ada MBA baru bleh apply for this job..hehe!

Me?Today excited sesangat nak pergi sekolah sebab ada Gakkou Tanken..alaaa..main-main dengan adik-adik Darjah 1...tunjuk mana satu bilik Seni etc etc..sasuga Izu Sempai(bak kata Pa!)..lawak tol la!
Then,balik dari sekolah ada swimming test.Tak tau la dapat naik ke Level 12 ke tidak..Ma,doakan saya ye!(Ma kata,insyaAllah!kalau lepas test hari ni baru bleh makan ice cream kat KONAMI tu..sebab Ma pon teringin nak makan jugak:P)
Lepas balik dari KONAMI nak singgah tempat kat bawah ni.

Neraka dunia bagiku!Adeh!memang aku takut giler dengan doktor gigi..help me!!!!!!tapi apakan daya...kena juga pergi mengadap,kalau tidak jenuh la kena sergah dengan Ma & Pa..ya ampunnnnnn!

Wokeh!dah macam diary la pulakkk...baca ye jangan tak baca!

Tak Dak Idea Aihhhhh....

My dear friends,

Howdy do?

..because..

..and

Anyway,

Also,

Have a nice day(^o^)/

Thursday, 24 April 2008

Swimming Again!

It was very HOT yesterday,yet extremely too early for summer!

I told you before right?That I've started going to KONAMI,an excellent sports club and "gaijin-friendly",for my swimming class since July last year.Well,actually yesterday was my last class for Wednesdays because from now on I'll be only attending the Saturdays classes in accordance to Ma's special reasons(*^-^*)
The classes are conducted in Japanese,which is no problem,you just copy what the person next to you is doing.It's a lot of fun,with a good atmosphere.And,if you watch the older kids,you'll see that when they do eventually swim,they do it extremely well.

So do I!
In my previous post,I told you that I was in Level 16,but I can now swim in my 13th Level,without using any helper on my back. Alhamdulillah!

But before leaving for KONAMI,I'd to do my homework-Maths & Japanese Language(Reading & Kanji Writing).Well,I love both of them and always looking forward to finish them off immediately after I reached home.

Before & After "M"


Psttt!ni kisah org dewasa ni...:P

Before marriage....
He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!

After marriage....
**Simply read from bottom to top

Tuesday, 22 April 2008

"Kalau Tak Suka,Pulangkan!"



Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!"
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bilamendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus.Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya.
Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak Pa.Diorang yang main tu.Takpe nanti Mama kemas.Papa minum ye.Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila..." Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu..."
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.
Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
"Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.."
"Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"
Dia tersentak dari khayalannya.
"Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah Ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok Papa marah-marah.."
"Adik pun sama. Bila Papa marah muka dia macam gorilla kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju.
"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari Mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!"
Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan Mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah Pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan.
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak Kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja.
Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila..."

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."
"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk
"Bos tak pelawa atau Papa malu nak bawa Mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!"
Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.
Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
"Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila...
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk, bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya, Laila dipulangkan.

P/S:Adeh!sedihnya baca cerita ni...kisah yang tidak mustahil berlaku di alam nyata,nauzubillah..sama-sama la kita ambik ikhtibar dan pengajaran..

Yang Mana Lagi Best Ha??

Yang ni tetiba je Mama jadi "tersuka" plak lately..hmm..nanka fushigiyana...
Yang ni my fav..on Pa's birthday(*^-^*)

Birthday Some More!

Happy 2nd Birthday To Damia-chan(further entry bleh refer kat Damia's blog)
"Pengantin Perempuan" tengah pulun makan kek:)
Gamer met Gamer(^-^)v
Food yang sedap hingga menjilat pinggan :P

Thursday, 10 April 2008

HAPPY BIRTHDAY TO PAPA(*^-^*)

Yup Pa!It’s your birthday time again..
it’s true;there's no denying.
Another year has come and gone..you know that I'm not lying.


♪For Papa,on your Birthday♪

It's your birthday,but we got the gift...
a gentle,smart,adorable son who is always a pleasure to be with.
You glow with sensitivity and compassion generated from the depths of your warm heart and and kind soul.
A loving dad,a peacemaker,a man full of the joy of life,that's you!!
Anyone who spends time with you is privileged to know such an extraordinary person.
You are a great joy in our lives.
We love you and cherish you and treasure you and wish that every one of your birthdays will be the happiest yet.

HAPPY BIRTHDAY PAPA..(*^-^*)

Loves,
-Me & Ma-



Pa,in his 20's
Pa,latest!

Wednesday, 9 April 2008

Doa Selesai Solat


Zikir-zikir selepas sembahyang-dibaca sebanyak 33 kali setiap satu Tasbih,Tahmid & Takbir

Dan disempurnakan dengan:
Ertinya:"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa ,yang tidak ada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya segala kekuasaan dan kepunyaan-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu."
Ertinya:"Ya Allah bantulah aku berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan sebaik-baik ibadat kepadaMu."

People Change..

..and so do I (^-^)v
Well,I mean my appearance and not my behavior.I'm still the old IQ that you use to know,before or after.The only thing that Ma's hoping me to change is my supa-dupa hyperactive actions.Dari kecik sampai ke besar tak berubah-ubah..believe me if I tell you that I had a fight with my In.dian classmate at 3 and received 2 stitches at the center of my forehead!Phewww..well,besides that Pa & Ma said that I'm simple!
Yup..boys are simple and straight forward compared to girls.Though I'm not simple enough when it comes to g.a.m.e...whoopss!I'm very particular to that!
But you see,the more you make friends,the more you'll encounter various kinds or patterns of people's behavior.Anyway,just try to deal with them the best you can or just avoid them..huhuhu..if they simply can do it to you,then why not you...haha!kejamnya dunia ini!!
Me,at 2 (*^-^*)
Me,at 7.5 (^-^)v

Last Ohanami(6/4/2008)

Ni masa our last ohanami(I guess so!) at a park nearby Auntie Mega's house in Urayasu(near Tokyo Disneyland).Sekali-sekala berubah angin ke arah Chiba pulak..asyik Tokyo je!hehe...anyway,the day was great and cuaca memang bagus...also welcoming Auntie Meg's parents & sist. yang datang from M'sia for their 2 weeks vacation.Alhamdulillah!dapat juga merasa lepat ubi & lepat pisang Made In Malaysia...yesza!!rezeki!
Me?sampai dapat main kolam(siap basuh baju lagi!)..Ma dah jeling tapi kasik can la anak bujang nak main...balik rumah basuh sendiri la baju putih tu!adeh!siapa suruhhhhhhh...anyway,esok dah start sem baru..maka bermulalah kehidupanku sebagai 2nd Grade student in Kodaira 4th Elementary School,with the same classmates & the same teacher...lucky!!!I love them so much (^-^)v
Err..on more thing..sorry!gambar tak banyak sebab syok makannnnnnn..fuhhh!tembun laaaaa...



Sayounara Biyou,And Tachikawa Again!(4/4/2008)

Biyou went back to Taiwan for good on this day.How sad...sob!sob!Anyway,please come again Biyou (^-^)/



And again,I went to Tachikawa Showa Kinen Park,gara-gara tak dapat naik bot masa ohanami hari tu...huhuhu..paksa juga Ma & Pa pergi for the second time!Sakura memang cantik sangat dan cuaca pon elok..alhamdulillah,akhirnya tercapai juga cita-cita nak naik bot....yahooo!!!!











Last event of the day...Gotemba was really marvelous(*^-^*)!!